Waktu urusniaga Isnin-Sabtu (Tutup : Ahad) Masa : 5 ptg - 11 malam

KEDAI ROTI TEMPAYAN CHEESE TARIK TINI .....

        Anda penggemar roti tempayan? Jadi di sini saya ingin memperkenalkan kedai saya Roti Tempayan Cheese Tarik Tini. Kedai ni terletak di Kg. Tini, Jalan Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Nama kedai pun diambil sempena nama kampung ni iaitu Tini. Kedai ni terletak di jalan utama yang menghubungkan Kubang Kerian dan Pasir Mas.

                                               


        Menu utama yang terdapat di kedai Roti Tempayan Cheese Tarik Tini ialah Roti Cheese dan Roti Kosong.  Ia boleh dimakan  dengan kuah kari ayam, daging cincang dan kari kambing. Tidak ketinggalan juga ayam tandoori.

            

 Selain daripada roti tempayan kami juga menyediakan nasi lemak biasa dan nasi lemak ayam.

       Kedai dibuka dari pukul 4 petang sehingga 11 malam setiap hari. Jadi kepada penggemar- penggemar roti tempayan, anda bolehlah mencuba roti tempayan di kedai kami.

Menu utama

 MENU Menu utama adalah  Roti tempayan cheese Roti tempayan kosong Nasi lemak ayam Nasi lemak biasa Ayam tandoori